Jenayah

Taktik bot pukat tunda ditumpaskan

taktit pukat

KUALA KEDAH – Sebuah bot nelayan pukat tunda kelas A ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berhampiran pantai Kuala Kedah pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun taktik dua nelayan berusia sekitar 20-an hingga 40-an menangkap ikan pada awal pagi tidak berjaya mengaburi penguatkuasa berikutan kecekapan agensi itu menghidunya.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bot ronda Maritim menahan bot terbabit sekitar 3.45 pagi, pada jarak lebih kurang satu batu nautika iaitu kira-kira 2.8 kilometer dari pantai Kuala Kedah.

”Kita menahan dua warga tempatan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot itu tidak mempunyai lesen, tiada nombor pendaftaran dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

”Bot itu dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan pendakwaan. Kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Mohd Khairi berkata, pihaknya memandang serius aktiviti nelayan yang menyalahi undang-undang Maritim Malaysia, terutama penggunaan pukat tunda di kawasan penangkapan  Zon A yang tidak dibenarkan kerana memberi kesan terhadap kemusnahan ekosistem perairan negara.

“Rondaan dibuat berterusan termasuk pemantauan di sempadan dan  perairan negara untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");