Berita Hari Ini

Tawaran hebat kad Sogo-RHB

SOGO

KUMPULAN RHB Bank optimis menarik kira-kira 160,000 pemegang kad kredit dalam tempoh tiga tahun didorong pengenalan Kad Kredit Sogo-RHB yang menawarkan pulangan berganda kepada pelanggan terutama pengunjung kompleks membeli-belah KL Sogo.

Pengarah Urusan Kumpulan, Kellee Kam berkata, jalinan kerjasama itu merupakan sebahagian daripada strategi RHB untuk berganding bahu dengan jenama besar di samping memberikan produk dan perkhidmatan terbaik dan inovatif kepada pelanggan.

“Ketika ini, kami mempunyai 2.3 juta pemegang kad kredit dan kad debit. Menerusi pelancaran Kad Kredit Sogo-RHB, kami yakin mampu menarik seramai 40,000 pemegang kad dalam tempoh setahun.

“Kami juga optimis, mampu mencapai lebih 100,000 pemegang kad didorong jumlah pengunjung KL Sogo yang semakin bertambah setiap tahun,” katanya pada sidang media majlis pelancaran kad Kredit Sogo-RHB di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, pengenalan Kad Kredit Sogo-RHB itu dijangka meningkatkan penguasaan pasaran berbanding lapan peratus bagi segmen kad kredit dan kad debit ketika ini.

Dalam pada itu, Pengerusi KL Sogo, Datuk Mohamed Khadar Merican berkata, pemegang S Kad KL Sogo yang menggunakan Kad Kredit Sogo-RHB berpeluang meraih ganjaran satu mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di KL Sogo dan dua mata bagi
setiap RM2 yang dibelanjakan di Pasaraya KL Sogo.

“Malah pemegang kad kredit ini juga berpeluang meraih sehingga lima peratus pulangan tunai setiap kali berbelanja di KL Sogo,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");