KUALA LUMPUR – Transparency International (TI) Malaysia meminta orang ramai termasuk wakil rakyat dan ahli Parlimen menyertai acara jalan kaki ‘Anti-Corruption and Forest Governance Walk’ di sini, 7 Disember ini.
Pengerusi jawatankuasa penganjur, Dr Muhammad Mohan berkata, acara bertemakan ‘Negara Yang Bebas Rasuah Bermula dengan Anda’ diadakan sempena Hari Antirasuah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Ahli politik perlu bersatupadu untuk mengatakan ‘Tidak’ kepada amalan rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya perserta akan berdaftar di Taman Rekreasi Bukit Jalil di sini pada pukul 7.30 pagi dan memulakan acara dengan ikrar ‘Sifar Rasuah’ sebelum menyertai acara jalan kaki sejauh 1.5km itu.
Tahun lepas, sebanyak 230 peserta mengambil bahagian dengan tujuan menampilkan sokongan orang ramai terhadap usaha memerangi rasuah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung acara jalan kaki itu dengan menghubungi TI-M di talian 03-79606630.
– Bernama