Membawang Hari Ini

‘Tunggulah sidang media!’

zain dan rozita che wan

“KAMI tak pernah beritahu sesiapa untuk bernikah pada tarikh itu!,” tegas pelakon Oh! My English, mengenai dakwaan bakal berkahwin pada tarikh keramat, 11 Disember depan.

Menurut Zain Saidin, 29, perkara ini hanyalah andaian daripada segelintir pihak setelah  pelakon ini dan pasangannya, Rozita Che Wan sepakat memilih Disember sebagai bulan perkahwinan mereka.

“Memang kami pilih Disember, namun tidak semestinya tarikh itu. Malah, kami tidak pernah terlintas untuk memilih tarikh itu kerana pasti banyak majlis yang diadakan pada tarikh popular itu.

“Kami akan membuat sidang media untuk mengumumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat ini. Segalanya akan terjawab dalam sidang media itu.

“Sidang media itu akan dibuat setelah saya selesai menjalani penggambaran telefilem, Oh! My English, di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini,” katanya yang mengadakan majlis merisik pada 29 September lalu di Carcosa Seri Negara secara tertutup.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");