Isu Panas

Usah bangkit isu remeh, kata Mukhriz

datuk Mukhriz

YAN – Pas sudah kehabisan modal kempen sehingga sanggup membangkitkan isu remeh beberapa kali semata-mata untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan langsung tidak berkaitan dengan penduduk tempatan sebaliknya sekadar untuk menunjukkan parti itu prihatin dengan isu masyarakat.

Beliau berkata, sepatutnya Pas membentangkan perancangannya kepada penduduk Dun Sungai Limau untuk penilaian jika berjaya mengekalkan kerusi itu kelak.

“Agak malang Pas cuba menangguk di air keruh dengan memainkan isu atau sentimen tertentu kononnya lebih berjaya berbanding BN.

“Tetapi apa yang Pas lakukan dalam tempoh lima tahun lalu ketika diberi mandat mentadbir Kedah. Rakyat boleh lihat sendiri keupayaan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah bercakap kepada media selepas melancarkan pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT) dan sistem latihan dual nasional (SLDN) peringkat utara anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di sini semalam.

Mukhriz berkata rakyat sudah bijak dan boleh menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan BN setelah mengambil alih negeri ini sejak lima bulan lalu.

“Sesuaikah nak banding pentadbiran saya selama lima bulan dengan pemerintahan mereka selama lima tahun dari 2008 hingga 2013.

“Kita juga boleh bandingkan pencapaian mereka atau pembangunan di Dun Sungai Limau sejak 20 tahun lalu. Apa yang penduduk dapat selama ini,” katanya.

Menurutnya, BN lebih realistik dan hanya berjanji mengikut kemampuannya kerana setiap yang dijanji pasti ditepati.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");