Membawang Hari Ini

Yuna jadi tetamu Jimmy Kimmel

yuna

Pengorbanan meninggalkan keluarga dan negara tercinta sejak tiga tahun lalu demi memburu cita-cita, mula menampakkan hasil.

Selepas album pertamanya bersama label Verve Records dipasarkan dan mendapat sambutan menggalakkan, penyanyi tempatan yang mencipta nama pada peringkat antarabangsa, Yunalis Zarai semakin meraih perhatian industri hiburan di Amerika Syarikat (AS).

Bermula dengan mendapat kepercayaan komposer tersohor, David Foster untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, Yuna turut dipuji pengacara terkenal, Ryan Seacrest yang menyifatkan suaranya mengasyikkan atau angelic.

Lebih mengujakan, penyanyi yang terkenal dengan imej hijab ini diberi peluang untuk muncul dalam program bual bicara popular di AS, Jimmy Kimmel Live! terbitan ABC bagi mempromosikan album terbarunya, Nocturnal.

Ternyata, segala kerja keras, keringat dan air mata yang tumpah terbalas juga akhirnya.

“Siapa yang tidak gembira apabila mendapat pujian daripada selebriti terkenal seperti Ryan. Apa pun, saya anggap pujian yang diberi sebagai motivasi dan kata-kata semangat untuk terus memberikan yang terbaik.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");