Perak Hari Ini

DS Zambry Yakin BN Dapat Kuasai DUN Sungai Limau

PERAK TODAY 4

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menaruh keyakinan parti Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dekat Kedah.

Katanya, penduduk Sungai Limau menunjukkan minat untuk melakukan perubahan pimpinan kerana memberi sambutan baik terhadap program yang dilaksanakan BN.

“Dalam setiap pilihan raya, kita meletakkan harapan tinggi kepada sesiapa sahaja yang bertanding dengan semangat dan kesungguhan untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Walaupun kawasan tersebut merupakan kubu kuat pembangkang, namun ianya tidak bermakna BN tiada harapan langsung untuk memenangi kawawan tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua MIC Bahagian Ipoh Barat, Datuk G Rajoo di Ipoh, hari ini.

Beliau turut memberitahu pengundi Cina dan India di sana juga memberi sambutan menggalakkan kepada calon BN yang bertanding.

“Di Sungai Limau, penduduk Cina terdiri lebih daripada 1,000 pengundi dan sambutan yang diberi terhadap program-program yang dianjurkan BN begitu baik sekali.

“Saya berharap mereka akan menyokong BN kali ini, sekaligus memberi peluang kepada kita untuk berkhidmat kepada rakyat Sungai Limau ,” jelas Zambry.

Mengulas kempen pilihan raya di Sungai Limau, beliau berkata, kedua-dua parti politik bertindak mengurangkan ceramah kerana penduduk kawasan tersebut secara keseluruhannya tidak berminat dengan ceramah yang keterlaluan.

“Saya lihat satu pendekatan di Sungai Limau di mana kedua-dua pihak yang bertanding mengurangkan ceramah kerana kebanyakan pengundi tidak menyukai ceramah politik yang keterlaluan.

“Tidak semua tempat berkempen dengan cara yang sama apabila berhadapan dengan pilihan raya kecil kerana masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");