Perak Hari Ini

12 GTG Bikers Konvoi Ke Terengganu Lawat Pusara Pahlawan Negara

PERAK TODAY 2

Seramai 12 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai program ‘Silent Ride’ hari ini sebagai memperingati jasa salah seorang pahlawan negara, Allahyarham ASP Zulkifli Mamat yang terkorban semasa bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, dekat Sabah.

Kesemua penunggang ini memulakan perjalanan sejauh 400 kilometer (km) ke Terengganu sebaik dilepaskan dari perkarangan masuk taman teman, Lost World of Tambun, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut jurucakap kelab ‘Geng Tak Geng’ (G.TG) Bikers, Mohd Arif Jezame Jemadi, penganjuran konvoi motosikal ke Terengganu ini adalah untuk menziarahi pusara Allahyarham ASP Zulkifli yang disemadikan di sana.

Jelasnya, kelab ini ditubuhkan melalui idea Allahyarham ASP Zulkifli sendiri yang cukup aktif melibatkan diri dalam aktiviti motosikal berkuasa tinggi.

PERAK TODAY 4
Mohd Arif Jezame Jemadi

“Kami tidak ada ketua dan sebab itu kelab ini menggunakan singkatan ‘geng tak geng’ (G.TG)  yang membawa maksud semua ahli adalah sama dan idea ini datangnya daripada Allahyarham sendiri,” katanya.

Ujar Arif lagi, usaha sebegini tetap akan diteruskan sebagai tanda menghargai usaha penubuhan kelab tersebut dan buat peminat motosikal berkuasa tinggi sekitar Ipoh khususnya di Tambun.

Konvoi motosikal ini bakal memulakan perjalanan sejauh 400 kilometer dan dijangka sampai pada pukul 2 petang di Besut, Terengganu.

Katanya lagi, kelab G.TG Biker telah ditubuhkan pada Jun tahun lepas dan Allahyarham pernah terlibat sama dalam satu konvoi program makan malam di Kuala Kangsar.

Sementara itu juga, konvoi motosikal  berkuasa tinggi ini juga disertai oleh beberapa rakan Allahyarham yang merupakan  ahli Komando Vat 69.

Konvoi yang berlansung selama dua hari itu bakal menziarahi pusara Allahyarham dan pulang semula ke Ipoh pada keesokan harinya.

“Program sebegini akan tetap kami teruskan kerana kami memegang kepada kata-kata dan prinsip iaitu, ‘sahabat selamanya’,” katanya.

Tambah Arif lagi, kenangan bersama Allahyarham ketika menghabiskan masa di Bengkel Encik Fauzi di Tambun merupakan antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan olehnya.PERAK TODAY 3

Konvoi kali ini juga melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi senior yang berumur 49 tahun dan penunggang muda berumur 20 tahun.

Jelasnya lagi, kelab ini juga merancang untuk menganjurkan satu lagi aktiviti konvoi sebegini untuk melawat isteri Allahyarham yang berada di Perlis ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");