Membawang Hari Ini

Anding ikon bina badan?

anding

NAMA Anding Indrawani bukanlah asing dalam industri seni. Malah sejak penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2004, anak muda ini semakin menjadi perhatian pengarah dengan membintangi beberapa drama dan juga program pengacaraan.

Meskipun masih belum popular mahupun setanding rakan seangkatannya, namun pelakon dan penyanyi kelahiran Sarawak ini masih aktif dalam dunia hiburan seni tanah air dan tidak membuatkan dia hilang dari industri ini.

Terbaru, Anding dilihat sering ke gimnasium dan berkongsi tip membina badan dengan peminat menerusi laman sosialnya. Menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa dia sengaja mengeksploitasi perkara itu, Anding yang pernah menjadi jurulatih
peribadi di sebuah pusat gimnasium, berkata, dia bukan mahu berbangga dengan kelebihan tersebut, namun ramai remaja yang bertemunya mahu menjadikannya sebagai ikon sekali gus mengimpikan penampilan sepertinya.

“Saya bukan nak berlagak dengan susuk badan saya, dan ia bukan cara saya untuk memperagakan badan kepada orang, tapi saya mahu ia menjadi inspirasi kepada anak muda.

“Saya gembira apabila mereka melahirkan perasaan mahu menjadikan saya sebagai idola mereka. Semua adalah hasil untuk menjadikan seseorang itu sihat selain memberikan penampilan yang segar untuk dapatkan tubuh yang sasa,” kata Anding yang tidak mahu perkara itu dijadikan isu berikutan banyak memuat naik susuk badannya di Twiter.

Drama online, travelog

Perkembangan terbaru, Anding bakal muncul menerusi drama Dan Calonnya Adalah… yang akan disiarkan menerusi web Tonton mulai 12 Disember ini. Drama 13 episod itu turut dibintangi Faralyna yang juga sebagai teraju utama.

Selain itu, Anding akan menjalani penggambaran program travelog terbitan RTM berjudul Krik Krik, musim ketiga di Eropah dan Afrika pada penghujung Disember ini sehingga Januari tahun hadapan.

Menurut Anding, walaupun ramai yang tidak tahu kemunculannya melalui program travelog itu, namun dia percaya banyak perkara yang dapat diambil melalui slot yang dipaparkan melalui rancangan itu.

“Walaupun karier saya agak perlahan tapi saya sangat gembira apabila dengan apa yang saya buat sekarang. Selagi ALLAH SWT memberikan saya rezeki dalam bidang ini saya akan teruskan”, ujarnya.

Beralih kepada bidang nyanyian, menurut Anding, dia masih merindui nyanyian melalui teater muzikal.

Walaupun masih belum mendapat lagu terbaik untuk dijadikan sebuah single, namun pelakon yang pernah terlibat dalam pementasan Teater Muzikal Chow Kit Road! terbitan Masa kini Theatre Company dengan memegang watak utama sebagai Ilham ini
masih menunggu skrip muzikal terbaru.

“Saya sangat mencintai dunia teater yang berbentuk muzikal, kerana saya suka menyanyikan lagu secara spontan begitu dan dapat menjiwai karakter seperti yang saya bawa sebelum ini,” katanya yang pertama kali memegang watak utama di pentas Istana Budaya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");