Sukan Hari Ini

Bukan salah Presiden FAM

fam jgn silap

JURULATIH pasukan Persijap Jepara, Raja Isa Raja Akram Shah berharap peminat bola sepak Malaysia bersabar dan jangan terburu-buru mengharapkan kejayaan hadir dalam sekelip mata.

Jelasnya, prestasi pasukan bola sepak Harimau Malaya sejak 10 tahun kebelakangan ini cukup memberangsangkan.

“Pencapaian Malaysia sangat positif dan luar biasa. Daripada peringkat Asia Tenggara dan Sukan Sea serta program pembangunan cukup bagus.

“Untuk ke Piala Dunia tidak mustahil cuma mereka perlu menjadi juara peringkat Asia dan menjuarai peringkat serantau,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian di Jepara, Jawa Tengah, semalam.

Raja Isa diminta mengulas ketika diajukan soalan mengenai sebahagian besar peminat tempatan yang mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meletak jawatan kerana prestasi yoyo skuad kebangsaan.

“Bagi saya, bukan salah presiden. Semua pihak harus berterima kasih kepada beliau. Yang penting, semua harus bersabar. Kejayaan tidak datang sekelip mata.

“Saya percaya Malaysia ada kemajuan jika semua pihak membuang ego dan perlu belajar dari bawah,” katanya.

Beliau yang berdarah Bugis Selangor sudah tujuh tahun berkelana di Indonesia tidak menolak impian mengendalikan pasukan utama negara andai diberi kesempatan pada masa depan.

“Itu impian saya dan mana-mana jurulatih. Kenapa tidak? ” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");