Sukan Hari Ini

Chelsea Tambah Duka Liverpool

eto1

LONDON: Chelsea mempamerkan aksi cemerlang dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Liverpool, 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi Isnin.

Martin Skrtel mengejutkan Chelsea apabila melakukan jaringan seawal minit keempat.

Namun Chelsea bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol Eden Hazard pada minit ke-17.

Penyerang berbisa Chelsea, Samuel Eto’o memberi mata penuh kepada pengurus Jose Mourinho menerusi jaringannya pada minit ke-34.

Liverpool menduduki tangga pertama liga sebelum sambutan Krismas, namun skuad kendalian pengurus Brendan Rodgers itu menutup tirai 2013 dengan berada di tempat kelima, enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Chelsea pula menduduki tempat ketiga, dua mata di belakang Manchester City yang berada di tangga kedua.

“Mereka (pemain Chelsea) bermain amat hebat dan berjuang sehingga wisel terakhir,” kataMourinho.

Selepas kekalahan 2-1 kepada Manchester City pada Boxing Day, Liverpool buat kali pertama kalah berturut-turut sejak April 2012.

Penjaring terbanyak liga, Luis Suarez pula tidak meledak sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");