Sukan Hari Ini

Chong Wei hampiri kejuaraan

LCW

MISI memburu gelaran kejuaraan keempat Siri Super Akhir semakin hampir apabila Datuk Lee Chong Wei melengkapkan aksi saingan Kumpulan A tanpa tewas meskipun telah melangkah ke separuh akhir.

Dalam perlawanan terakhir saingan kumpulan, Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 23-21 dan 24-22 dalam tempoh 50 minit di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Dalam aksi tersebut, jaguh nombor satu dunia itu lebih dominan mengatasi juara Terbuka Perancis itu setelah Jorgensen cuba memberi saingan kepada Chong Wei dalam kedua-dua set.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pemain tersebut adalah pada Terbuka Hong Kong dua minggu lalu dan dimenangi oleh Chong Wei 21-8 dan 21-17.

Sementara itu, Chong Wei berkata, beliau akan memberi fokus dalam perlawanan separuh akhir dan tidak kisah akan bertemu dengan siapa dalam perlawanan tersebut.

“Sistem undian yang dilakukan oleh BWF (Persekutuan Badminton Dunia) pada perlawanan separuh akhir adalah bagus dan adil pada semua pemain.

“Jika sebelum ini pemain akan cuba tentukan bertemu dengan siapa pada separuh akhir tetapi format yang diperkenalkan oleh BWF kali ini sangat baik,” katanya.

Sementara itu, empat pemain layak ke separuh akhir iaitu Jan O Jorgensen dari Denmark, Keninchi Tago dari Jepun dan Tommy Sugiato dari Indonesia.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");