Jenayah

Diserbu ketika tidur

tdur serbu

Antara warga Indonesia ditahan dalam operasi di Bandar Sunway Semenyih, kelmarin. (Ihsan Jabatan Imigresen Selangor):-

KAJANG – Seramai 10 warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti mengorek pasir secara haram di Bandar Sunway Semenyih, diberkas pihak Imigresen, kelmarin.

Kesemuanya sedang nyenyak tidur ketika serbuan oleh pihak berkuasa berkenaan di rumah kongsi mereka dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Operasi tersebut dijalankan tujuh anggota Jabatan Imigresen Selangor dengan kerjasama tujuh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta lima pegawai dari Pejabat Daerah Kajang.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, warga asing terbabit dipercayai melakukan aktiviti menyedut pasir secara haram di kawasan berkenaan.

“Kami mendapat maklumat mengenai kegiatan ini hasil aduan orang awam serta risikan pihak berkuasa,” katanya.

Dalam operasi itu, Othman berkata, pihaknya berjaya 10 orang warga asing daripada 12 yang diperiksa.

Menurutnya, semua yang ditahan ialah warga Indonesia berumur dari 24 hingga 38 tahun atas kesalahan tidak memiliki pas perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");