Sukan Hari Ini

Giliran Cheau Xuean

pingat

Nay Pyi Taw, Myanmar: Selepas atlet wushu negara Diana Bong Siong Lin menyumbang pingat emas pertama kelmarin, semalam giliran Tai Cheau Xuean pula menghadiahkan pingat emas kedua untuk kontinjen negara pada temasya Sukan SEA apabila mendominasi acara Nandao wanita di Stadium Tertutup A Wunna Theikdi Nay.

Kejayaan itu cukup bermakna apabila emas berkenaan yang ke-999 negara sejak Malaysia menyertai Sukan SEA pada 1959

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun terpaksa bersaing sengit dengan atlet tuan rumah, Aint Mi Mi yang yang meraih perak apabila mengumpul 9.67 mata sementara gangsa milik Juwita Niza Wasni dari Indonesia (9.65 mata).

Malaysia turut meraih empat pingat perak dalam acara Duilian, Nanquan, Gunshu serta gabungan Taijijian serta Taijiquan.

“Saya bekerja keras untuk meraih pingat emas di sini. Akhirnya impian ini tercapai juga,” katanya.

Cheau Xuean berkata, dia akan cuba memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara terakhir yang akan disertainya hari ini iaitu Nangun.

“Sudah tentu saya akan cuba melakukan yang terbaik esok kerana sudah tetapkan sasaran untuk meraih dua emas,” katanya yang menyertai skuad negara sejak 2007.

Cheau Xuean muncul penyelamat selepas Diana yang turut beraksi dalam acara sama dan dilihat prospek utama negara merangkul emas, gagal mempamer beraksi cemerlang.

Sementara itu, juara dunia dua kali acara Nanquan, Ho Mun Hua yang turut menjadi prospek negara meraih pingat emas semalam, tetap puas hati dengan dua perak yang dimenanginya iaitu menerusi acara Duilian dan Nanquan.

“Saya tidak rasa kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik. Lagipun masih ada dua acara lagi esok (hari ini) untuk meraih sekurang-kurangnya satu emas,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");