Sukan Hari Ini

Hoki Remaja Dunia: Rekod lalu bukan jaminan

hremaja dunia

BERSANDARKAN rekod lalu, pasukan hoki remaja kebangsaan tidak pernah tewas kepada Korea Selatan sejak pertemuan kedua-dua pasukan sejak tiga tahun lalu.

Mungkin statistik ini menjadi satu tugas mudah kepada Malaysia untuk mengatasi Korea menjelang aksi suku akhir Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Chand Dyan, New Delhi, petang ini.

Namun, pengendalinya, Muhammad Dharma Raj Abdullah enggan termakan psikologi itu kerana baginya, peringkat ini cukup berbeza berbanding rekod pertemuan dengan Korea sebelum ini.

“Kami sudah sedia segala kemungkinan dan bukan sekadar menyerang tetapi lebih daripada itu. Peringkat kalah mati ini begitu penting dan tidak seperti ketika bermain dalam peringat kumpulan.

“Segala kesilapan harus dielakkan dan ia bakal menjadi titik pemisah antara menang atau kalah. Dalam kes ini, hanya ada satu misi sama ada kita boleh mara ke separuh akhir ataupun sekadar berada pada kedudukan lebih rendah.

“Pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan harap mereka tiada tekanan. Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab dengan segala keputusan yang dilakar” katanya yang kini berada di India.

Dharma Raj juga berkali-kali mengingatkan pemain supaya lebih bersabar kerana lawan pastinya terkenal dengan pendekatan corak permainan keras.

Pemain tonggak seperti Mohd Syamim Yusof, Firhan Ashaari, Shahril Saabah dan Rashid Bahrom harus lebih klinikal dalam kawasan D Korea dan perlu mencipta sekurang-kurangnya peluang sudut penalti dalam kawasan bulatan lawan.

Faiz Helmi Jali dan Izad Hakimi Jamaluddin cukup cemerlang di benteng pertahanan dan berharap ketua pasukan Fitri Saari mampu mengucar-ngacirkan pihak lawan pada aksi ditunggu-tunggu, petang ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");