Isu Panas

Isu Syiah: KDN perlu siasat juga Umno

MOHD NAZREE

SEREMBAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya memandang kepada pembangkang, sebaliknya perlu menyiasat kemungkinan ada pemimpin Umno yang menjadi pengikut ajaran Syiah.

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.

Beliau turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.

“Saya dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.

“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti jelas.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin atau individu yang dituduh perlu diberi peluang mempertahankan diri kerana dikhuatiri ia sengaja dicipta oleh pihak tertentu.

“Saya tidak nafikan isu Syiah ini serius kerana ia berkaitan dengan soal akidah, tapi ia memerlukan fakta dan dalil yang jelas untuk mensabitkan seseorang itu terlibat dengan fahaman tersebut.

“Jika betul ada, kita minta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya mengikut perundangan yang sesuai di negara ini dan ia perlu dikemukakan kepada media serta umum dengan segera,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");