Jenayah

Kerusi bayi pun mahu dicuri

curi bayiCermin kereta Sim dipecahkan individu yang tidak bertanggungjawab dan mencuri kerusi bayinya:-

TANJUNG TOKONG – Seorang ahli perniagaan kerugian RM3,000 apabila cermin keretanya dipecah sekali gus kehilangan kerusi bayinya.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Sim memberitahu kejadian berlaku apabila dia meletakkan keretanya pada jam 10 pagi di tempat awam bersebelahan dengan pusat beli belah Straits Quay, di sini.

Menurutnya, bagaimanapun pada jam 3 petang ketika mahu mengambil keretanya semula dia terperanjat kerana cermin di bahagian tempat duduk penumpang pecah.

“Saya tidak menyimpan apa-apa barang berharga dalam kereta, cuma yang ada hanyalah kerusi bayi.

“Nilainya mencecah RM1,500 dan saya juga kehilangan dua pasang kasut yang bernilai RM500,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dia tidak menjangka keretanya yang terletak di tempat awam dan terbuka itu boleh dipecahkan penjenayah.

“Saya letak kenderaan di bahagian luar kerana tempat letak kereta sudah penuh dan pada hari hujung minggu di sini, memang ramai orang kerana ada program pelancongan.

“Mana tahu akan adanya kejadian ragut pula dan saya minta supaya kepada pengunjung lain untuk berjaga-jaga,” katanya.

Bagaimanapun dia enggan membuat laporan polis dan hanya memohon supaya pihak pengurusan Straits Quay menyediakan tempat letak kereta yang lebih banyak buat pengunjung.

Sementara itu, penduduk berhampiran, Rosli Ibrahim berkata, dia menasihatkan supaya orang yang meletakkan kenderaan agak jauh dari pusat membeli belah itu berhati -hati kerana sudah menjadi sasaran.

“Mereka sudah target awal-awal kerana percaya yang datang ialah orang yang berkemampuan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");