Berita Hari Ini

Khazanah Sumbang RM10 Juta Untuk Mangsa Banjir – Najib

pm2 (1)

NUSAJAYA: Khazanah Nasional Berhad akan menyumbangkan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan semula dan bantuan kewangan untuk mangsa banjir.

“Sumbangan itu adalah bantuan untuk melegakan, memulihkan dan sebagai persediaan di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Najib membuat pengumuman itu selepas merasmikan Hotel Traders dan Legoland Malaysia Resort di Puteri Harbour di sini, Selasa.

Perdana Menteri berkata, sokongan menggalakkan yang ditunjukkan bagi kedua-dua Hotel Traders dan Hotel Legoland merupakan bukti kejayaan Iskandar Malaysia.

“Sejak pelancarannya pada Jun lalu, Hotel Traders menerima 90,000 tetamu manakala Legoland Malaysia menerima lebih dua juta pelancong,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");