Sukan Hari Ini

Kontijen Malaysia mula tunjuk taring

sukan sea

KONTIJEN negara mula menunjukkan taring pada hari kelima temasya Sukan SEA ke-27 apabila berjaya menyingkirkan Thailand bagi merampas tempat kedua carta kutipan pingat hari ini dengan tambahan satu pingat emas dan empat pingat perak yang disumbang dari Kem wushu negara.

Secara keseluruhannya, Malaysia kini mengumpul dua pingat emas, empat pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Negara tuan rumah iaitu Myanmar terus mendominasi carta kutipan pingat dengan mengumpul lapan pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.

Thailand pula jatuh satu anak tangga ke tempat ketiga carta dengan koleksi dua pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa.

Tumpuan pingat Malaysia esok masih kepada acara wushu bagi memburu pingat ke-1,000 negara setelah Tai Cheau Xuen menyumbang pingat emas ke-999 negara menerusi acara Nandao wanita.

Turut beraksi esok, pasukan polo air lelaki negara yang akan menentang Myanmar, Manakala pasukan bola keranjang lelaki akan bertemu Filipina pada perlawanan awal peringkat kumpulan.

Pasukan Futsal Lelaki negara pula akan membuka tirai kejohanan dengan aksi menentang Myanmar dan turut berlangsung esok adalah perlawanan pusingan awal bagi acara tinju.

Turut mula turun gelanggang esok ialah skuad silat negara yang akan beraksi pada saingan awal.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");