Perak Hari Ini

Luahan Pengalaman Faktor Kemenangan Putri Zanina

PERAKTODAY1

“Setiap penulisan artikel berkaitan kawasan-kawasan pelancongan diolah berdasarkan luahan hati dan pengalaman sendiri,” ujar Putri Zanina Megat Zainuddin.

Demikianlah luahan bekas pengarang berita bahagian Lifetime Travel di salah sebuah organisasi media terkemuka, News Straits Times (NST) yang telah memenangi pelbagai anugerah menerusi penulisan rencana yang berbeza daripada penulis lain.

Katanya, penulisan yang berkonsepkan santai mengenai lokasi-lokasi pelancongan di Malaysia adalah hasil luahan hati serta pandangannya apabila mengunjungi tempat tersebut.

“Hampir semua penulisan saya merupakan pengalaman yang dilalui semasa berkunjung ke tempat tersebut dengan mengamati serta memerhati suasana di sekeliling di sepanjang masa.

“Penulisan yang lebih teratur dan berdasarkan isi hati sudah pastinya akan mudah difahami oleh pembaca untuk turut sama merasai pengalaman dan keunikan tempat-tempat pelancongan ini,” tambahnya lagi.

Mengakui pada mulanya meminati bidang pelancongan, Putri Zanina memberitahu tidak menyangka akan diberi peluang untuk menjadi wartawan hingga menjurus beliau berkecimpung dalam dunia penulisan lebih 10 tahun yang lalu.

Terdahulu, anak kelahiran Kampung Trong, Taiping itu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Khas personaliti di Majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013 yang berlangsung di Ipoh, malam tadi.

Antara anugerah yang berjaya dirangkul adalah Best Feature Award NST menerusi artikel ‘Precision Timing In The Forest’ yang menceritakan tentang pengalamannya semasa melawat Royal Belum Rainforest, ‘Lenggong Valley’, dan ‘White Water Rafting’ di Sungai Kampar, Gopeng.

Sejak bersara dua tahun yang lalu, beliau kini menjadi penulis sambilan dan kolumnis yang masih menyumbang pelbagai rencana pelancongan kepada pihak Tourism Association dan NST.

PERAKTODAY2

Sementara itu, bagi pemilik Tiger Rock Resort dekat Pulau Pangkor, Mohan Kasi, 43, pemenang bagi kategori Eco Resort Terbaik, beliau bercadang membina sebuah lagi tropikal eco resort yang mempunyai ciri-ciri konsep rumah di Malaysia.

“Saya merancang untuk meneruskan usaha memartabatkan eco pelancongan dengan mengekalkan idea asal saya iaitu berkonsepkan alam semulajadi.

“Idea dan keunikan resort sememangnya datang dari pemikiran tersendiri. Ini kerana, saya mahu resort ini menjadi tumpuan pelancong samada dalam mahupun luar negara sekaligus tergolong dalam resort yang terbaik di seluruh dunia,” ujarnya lagi.

Mohan juga memberitahu pihaknya tidak menjangka akan menerima anugerah resort terbaik namun menzahirkan rasa bangga dan penghargaan terhadap kerajaan negeri kerana terpilih memenangi anugerah itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");