Perak Hari Ini

MoU Antara MBI Dan IEM Mampu Jadikan Ipoh Pusat Persidangan Bertaraf Dunia

PERAKTODAY31

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjadikan bandaraya itu sebagai pusat persidangan bertaraf antarabangsa.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rashidi Hashim dan Presiden IEM, Ir Choo Kok Beng sambil disaksikan oleh Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md Ariff serta Pengerusi IEM Cawangan Ipoh, Ir Perumal Nallagowden.

Dalam ucapannya, Roshidi menegaskan usahasama yang dirancang dalam masa yang singkat itu berupaya memberi masa depan yang lebih cerah kepada pembangunan bandaraya Ipoh.

“Ia petanda baik bagi bandaraya Ipoh kerana tenaga kerja yang berpengalaman telah kembali ke ke sini untuk memajukan lagi bandaraya ini,” kataya.

Tambahnya lagi, bandaraya Ipoh yang dahulunya sunyi kini semakin berkembang menjadi sebuah bandaraya yang sibuk dan semakin pesat membangun.

“Saya yakin kerjasama dengan IEM ini mampu memberi impak yang baik dan sudah tiba masanya kepakaran dari anak Perak sendiri diperlukan untuk merancakkan lagi pembangunan.

“Keperluan untuk latihan bagi bidang kejuruteraan adalah paling penting kerana apabila pembangunan dilaksanakan, ia perlu diselenggara dan IEM punya kepakaran. IEM memiliki pengalaman tersebut dan ia pastinya akan memberi kebaikan kepada pihak MBI,” tambah Rushidi lagi.

Sementara itu, menurut Presiden IEM yang merupakan anak jati Ipoh, beliau memilih untuk berbakti di Ipoh kerana keunikan persekitarannya dan juga potensi besar yang dilihatnya ada pada bandaraya tersebut.

“Kami akan membantu dengan menyediakan tenaga kerja yang berpengalaman, berkongsi idea untuk membantu meningkatkan kemudahan pengangkutan awam, membantu mencegah penyakit seperti demam denggi dan juga mengutarakan cadangan yang sesuai bagi menggelakkan banjir daripada berlaku,” katanya.

Jelasnya lagi, MBI dan IEM akan bersama-sama merancang serta menganjurkan rundingan, seminar, atau persidangan berkaitan kejuruteraan bertaraf antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Meetings, Incentives, Conferences and exhibitions ‘MICE’ menjelang 2015.

“Sebagai Presiden IEM, saya berupaya untuk membawa dan berkongsi kepakaran pengalaman lebih daripada 30,000 jurutera untuk menyokong perancangan pembangunan infrastruktur di Ipoh dan menjadikannya sebuah bandaraya bertaraf dunia kelak,” katanya lagi.

Usahasama itu juga bertujuan untuk menyebarkan informasi umum kepada semua untuk memastikan maklumat yang sahih dan betul dapat disalurkan kepada masyarakat serta menyediakan khidmat nasihat daripada profesional untuk rujukan MBI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");