Sukan Hari Ini

Nazmi: ‘Saya tak serik berkelana’

najmi

BEKAS pemain kelab SC Beira-Mar di Portugal, Nazmi Faiz Mansor, tidak pernah serik mencuba nasib berkelana ke luar negara jika dapat tawaran pasukan luar.

Menurut pemain berusia 19 tahun itu, walaupun sebelum ini menggemparkan peminat bola sepak tempatan dengan menimbulkan polemik dan persoalan mengenai penamatan kontraknya secara tiba-tiba bersama kelab SC Beira-Mar, tidak sedikit pun melemahkan impiannya mencipta nama di liga luar.

“Saya tidak ada masalah jika benar FC Ryukyu serius mahukan khidmat saya. Walaupun Liga Jepun (Liga-J) sangat berbeza dengan Liga Portugal, saya yakin mampu mengikut rentak corak permainan di sana.

“Apa pun, fokus utama saya ketika ini ialah bersama skuad negara dan selepas balik nanti jika ada tawaran saya sudi menimbangkannya,” katanya ketika ditemui selepas aksi persahabatan skuad Harimau Muda bawah 23 yang menewaskan FC Ryukyu 3-1, di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), kelmarin.

Nazmi membantu negara memenangi pingat emas pada Sukan Sea Indonesia 2011 merupakan prospek muda bola sepak Malaysia hingga namanya meniti di bibir peminat. Harapan peminat melihat anak muda ini berjaya dalam arena bola sepak lebih cerah apabila dia menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar yang beraksi di Divisyen Satu Portugal.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");