Sukan Hari Ini

Norizman atur strategi

norizmman

SELEPAS kecewa gagal mengutip sebarang mata di Sepang, Norizman Ismail mengatur strategi bagi memastikan gelaran juara keseluruhan CP130 menjadi miliknya pada saingan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor bermula esok.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu menyifatkan aksi pusingan kesembilan di Sepang baru-baru ini sebagai yang terburuk pada musim ini selepas terpaksa menarik diri daripada perlumbaan akhir pada pusingan kesembilan akibat masalah jentera.

“Keputusan di Sepang sangat-sangat mengecewakan. Selepas bermula dengan baik dan berjaya mendahului kedudukan, jentera saya mengalami masalah sehingga memaksa saya menarik diri daripada perlumbaan dan gagal mengutip sebarang mata.

“Jika tidak, mungkin saya mampu menamatkan saingan di atas podium, atau setidak-tidaknya di antara lima pelumba terbaik dan masih kekal menguasai kedudukan keseluruhan,” jelas Norizman yang memburu gelaran keseluruhan ketiga di dalam saingan kelas perdana.

Bimbang kesilapan serupa berulang, Norizman tidak mahu mengambil sebarang risiko besar pada perlumbaan esok.

“Saya mahu bangkit dan melupakan kegagalan lepas. Saingan memburu gelaran masih terbuka antara tiga pelumba teratas jadi saya perlu lebih berhati-hati di Shah Alam dan mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan mudah.

“Apa yang penting, saya perlu kekal fokus dan berusaha sedaya upaya untuk menamatkan perlumbaan di hadapan Fuad dan juga berada di kelompok lapan pelumba terbaik,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");