Jenayah

Penganggur didakwa merogol

penganggur

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku tidak salah di mahkamah sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun, Februari lalu.

Remaja 18 tahun itu didakwa merogol mangsa di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Padang Selising, Machang, antara jam 11.30 malam, 15 Februari dan 1 pagi, 16 Februari lalu.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Dakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Pada prosiding semalam, Asmah memohon satu tarikh sebutan baru bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa. Mohd Yusoff menetapkan 29 Januari depan untuk sebutan semula dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");