Sukan Hari Ini

Piala Dunia: England Dalam Kumpulan Maut, Manakala Juara Bertahan & Naib Juara Dalam Satu Kumpulan

england draw

PASUKAN England diundi berada dalam ‘kumpulan maut’ kejohanan Piala Dunia 2014 bersama Uruguay, Costa Rica dan Itali bagi Kumpulan D pada aksi di Brazil Jun ini.

Perlawanan pembukaan England akan berdepan dengan juara 2006, Itali pada 14 Jun sekaligus bakal memberi mimpi ngeri kepada anak buah Roy Hodgson ini.

Selepas itu, skuad The Three Lions akan bertemu Uruguay di Sao Paulo sebelum melayan aksi Costa Rica pada 19 Jun.

“Ternyata sekali ini kumpulan yang sukar. Kita tahu kehebatan pasukan Itali yang turut menewaskan kita pada aksi Euro.

“Kami mempunyai dua pasukan pilihan utama dalam kumpulan ini, Itali dan Uruguay.

“Costa Rica pula, mungkin kita tahu permainan mereka, namun ia bukan mudah..saya memberitahu sebelum undian, kami amat positif dengan senario yang bakal berlaku.

“Dan saya masih berfikiran positif sehingga sekarang.

“Jika kita sudah bersedia dengan baik, kami berpeluang untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan ini.

“Kami mempunyai tiga lawan yang berkualiti dan saya pasti ia bakal menjadi perlawanan yang hebat,” jelas Hodgson.

Sekiranya skuad Hodgson ini mara ke peringkat 16 terbaik, mereka juga akan melalui saat getir bertemu dengan wakil Kumpulan C – Colombia, Greece, Ivory Coast dan Jepun yang bakal membuat skuad England ini tidak tidur lena.

Ternyata undian Kumpulan D yang dikatakan paling sukar, manakala undian bagi Kumpulan B, G agak seimbang.

Kumpulan B, juara bertahan Sepanyol bakal berdepan dengan naib juara edisi lalu, Belanda pada aksi pertama mereka dan pastinya bakal menjadi tumpuan utama.

Manakala dalam Kumpulan G, pasukan Jerman diundi untuk berada bersama Portugal, Amerika Syarikat dan juga Ghana.

Tuan rumah, Brazil akan mengalu-alukan kedatangan Crotia pada perlawanan pembukaan dan seterusnya Mexico dan Cameroon.

Perancis pastinya gembira dengan undian ini dan bakal bertemu Switzerland, Ecuador dan Honduras dalam Kumpulan E.

Dan Belgium yang dilihat sebagai pasukan underdog yang bakal membuat kejutan berada dalam Kumpulan H bersama-sama Algeria, Rusia dan Korea Selatan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");