Berita Hari Ini

Polis Tingkat Rondaan Di Ibu Kota Hadapi Sebarang Kemungkinan – Ketua Polis Dang Wangi

polisi

KUALA LUMPUR: Polis telah meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota ekoran terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainulddin Ahmad ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata, pihaknya memberikan tumpuan di kawasan pusat beli belah Sogo,Masjid Jamek, dan Pasar Seni kerana kawasan tersebut dipercayai menjadi lokasi berkumpul awal.

“Polis telah membuat segala persiapan dan kita juga menempatkan anggota polis untuk menangani perhimpunan tersebut,” katanya.

Katanya, polis meningkatkan rondaan di sekitar kawasan ibu kota bagi menjaminkeselamatan orang ramai dan ketenteraman awam.

Tinjauan Bernama mendapati anggota polis yang lengkap berpakaian operasi turut melakukan rondaan di sekitar Dataran Merdeka.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");