Perak Hari Ini

Program Pembangunan Ekonomi Tingkat KPTB Wanita Di Perak

PERAK TODAY 2

Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong penuh program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) sebagai usaha meningkatkan penglibatan golongan wanita dalam membangunkan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Rusnah Kassim bagaimanapun, berkata kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita di Perak berada pada takuk 41.8 peratus sahaja.

Katanya, pencapaian peratusan tersebut masih kurang berbanding kaum lelaki 76.2 peratus, sekaligus membuktikan bahawa ramai wanita yang masih tidak mengetahui hala tuju masing-masing.

“Walaupun Perak berada di kedudukan kelima tertinggi bagi peratus bilangan wanita dalam negara, namun KPBT golongan ini lebih rendah berbanding dengan kadar nasional iaitu sebanyak 49.5 peratus.

“Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa wanita sememangnya sangat berperanan dalam pembangunan negara,” katanya berucap sempena Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Majlis Penutup Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT) dan Inkubator Keushawanan Wanita (IKEUNITA) JPW 2013, di Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPW, Che Azizah Che Rashid, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri, Srihartini Mohamed Shamsudin dan Timbalan Pengarah Sistem Latihan Dual Negeri (SLDN), Mohd Yazid Awalluddin.

Tambahnya, hasil kajian JPW menunjukkan 70 peratus daripada ibu tunggal yang ditemuduga mempunyai pendapatan di bawah purata garis kemiskinan.

“Program IKIT yang diperkenalkan sejak 2008 sehingga kini berjaya berjaya melahirkan usahawan-usahawan serta tenaga pengajar baru,”jelasnya.

Pada majlis tersebut, seramai 218 orang peserta menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), IKIT dan IKEUNITA dalam pelbagai bidang kemahiran selepas mengikuti latihan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Tidak ketinggalan anugerah khas turut disampaikan kepada pengurus restoran Lah TomYam, Mai Zirah Alang Mohamed Zin yang bertungkus lumus menyertai kursus ini walaupun telah kehilangan sebelah kaki kanan akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1984.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");