Perak Hari Ini

Rakyat Perlu Berhati-hati Dengan Isu Libatkan Sensitiviti Kaum

PERAK TODAY 2

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria menasihati rakyat khususnya di Perak supaya berhati-hati dengan isu yang menyentuh nilai sensitiviti pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, perkara-perkara yang boleh mencetuskan nilai persepsi negatif antara kaum dan agama perlu dielakkan supaya negara berada dalam keadaan harmoni.

“Kita mempunyai masyarakat yang menganuti pelbagai agama dan memiliki bahasa dan budaya yang berbeza. Jadi, nilai-nilai sensitif yang boleh menganggu-gugat perpaduan antara kaum seharusnya dihindari.

“Jika ianya berlaku, perlu diketahui tujuan serta maksud mereka membuat gambaran sedemikian rupa iaitu adakah untuk sindiran ataupun memperlekehkan sesuatu samada dari segi agama atau nilai sesuatu kaum itu sendiri,” tegasnya.

Beliau mengulas tindakan sebuah kuil dekat Lumut membina sepasang patung berhala yang menyerupai seorang muslim dengan imej yang warak dan perempuan yang berhijab dan berjubah.

Terdahulu, sebuah blog menyiarkan gambar berhala Haji dan Hajjah tersebut dengan mendedahkan bahawa tujuan ia dibina adalah untuk menghormati orang Melayu yang beragama Islam.

patung berhala1

“Kita mempunyai perlembagaan serta nilai-nilai integrasi yang melambangkan kemajmukan masyarakat negara. Jadi isu-isu sebegini tidak seharusnya timbul kerana ianya boleh menjurus kepada perselisihan pendapat dan menyinggung perasaan kaum.

“Kita juga tidak mahu rusuhan berlaku dalam negara kita seperti yang terjadi di luar negara hanya kerana perkara sensitif ini dimainkan,” tambahnya.

Beliau turut menasihatkan agar pihak berkenaan menghentikan tindakan itu dengan kadar segera bagi mengelakkan perkara negatif berlaku di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");