Jenayah

Redah hujan nak guna teksi

bumbung teksi

Bumbung di kawasan stesen teksi ini rosak akibat ribut lima tahun lalu:-

BALING – Ketiadaan bumbung di laluan orang awam di kawasan stesen teksi dan bas dekat sini memberikan kesan kepada orang ramai terutama mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam berkenaan.

Pemandu teksi, Yusof Ramli, 47, berkata, pihaknya sering mendapat rungutan pelanggan mengenai masalah bumbung itu.

Menurutnya. penumpang terpaksa meredah hujan setiap kali mahu mendapatkan perkhidmatan teksi di kawasan ini.

“Yang ada payung, tak ada masalah tapi mereka yang terlupa bawa payung, terutama pada golongan emas akan menyukarkan mereka.

“Jadi kami melihat keperluan untuk menyediakan kemudahan bumbung di laluan awam ini kerana ia mampu membantu pengguna,” katanya kepada Sinar Harian.

Yusof berkata, sebelum ini, kawasan stesen teksi ini mempunyai bumbung tetapi rosak akibat ribut.

“Kejadian sudah lama berlaku iaitu kira-kira lima tahun lalu dan pihak kami sudah membuat permohonan.

“Namun masih belum mendapat maklum balas dan tindakan sehingga kini,” katanya.

Katanya, bumbung sepanjang hampir 20 meter bertujuan mengelakkan pelanggan terkena hujan setiap kali naik dan menurunkan penumpang teksi di kawasan ini.

“Disebabkan itu, kami (pemandu teksi) dan orang ramai berharap masalah ini mendapat perhatian pihak bertanggungjawab,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");