Perak Hari Ini

Rekabentuk Aerodinamik Kelainan FACE 2013 Ciptaan Pelajar PUO

mmexport1386568333277

Hasil gabungan idea kakitangan dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dekat Ipoh, model FACE ‘Inspire The Nation’ berjaya dihasilkan dengan mengubahsuai sebuah kereta model Perodua Myvi menjadi sebuah kereta yang mampu menjimatkan penggunaan minyak.

PERAK TODAY 6
Rajiv Raja Ratnam

Menurut salah seorang peserta Perodua Eco Challenge 2013, Rajiv Raja Ratnam, kelebihan FACE 2013 terletak pada reka bentuknya yang lebih aerodinamik menjadikannya lebih ringan serta sesuai digunakan untuk kelajuan yang tinggi.

“Kereta ini lebih ringan dan stabil kerana konsep aerodinamik telah diaplikasikan pada model FACE 2013 ini,” katanya kepada Peraktoday.com.

Ujarnya lagi, kereta ini juga mampu menjimatkan penggunaan minyak dan reka bentuk luar dalam kenderaan tersebut juga telah mengambil kira pelbagai aspek.

Rajiv sudah pastinya meletakkan harapan agar FACE 2013 mampu menjadi juara kerana kemampuannya yang menjimatkan minyak serta reka bentuknya tersendiri, sekaligus mampu menarik minat pembeli di pasaran sebenar kelak.

Sementara itu, peserta lain, Muhammad Rejab Hassim, berkata bantuan daripada para pensyarah banyak membantu pasukannya untuk mendapatkan idea dan menghasilkan reka bentuk luar dan dalaman kenderaan tersebut.

“Reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan FACE 2013 sebuah kenderaan yang berbeza,” katanya.

Jelasnya lagi, kekangan masa merupakan antara cabaran utama yang dihadapinya dalam tempoh tiga bulan lalu kerana terpaksa bertungkus-lumus untuk menyiapkan model FACE 2013.

PERAK TODAY 5
Muhammad Rejab Hassim

“Saya perlu pandai bahagikan masa kerana kerja menyiapkan projek ini dilakukan selepas waktu kuliah dan cuti semester juga terpaksa kami korbankan untuk menghasilkan FACE 2013,” katanya.

Jelasnya lagi, untuk menjimatkan penggunaan minyak, elemen perjalanan enjin, angin dan kesemua komponen kereta perlu diambil perhatian dan segala aspek itu cukup dititikberatkan pasukannya.

“Saya harap reka bentuk FACE 2013 ini mendapat sambutan dan jika menang tahun ini, ianya adalah satu bonus bagi kami semua,” katanya lagi.

Manakala menurut Muhamad Khusairi Mohamad Yazid pula, FACE 2013 kali ini berbeza dengan ciptaan tahun sebelumnya kerana reka bentuknya yang bertemakan ‘city car’ yang lebih mesra pengguna.

“Sebelum ini, kita hanya cipta kereta khusus untuk pertandingan tapi kali ini ianya juga menitikberatkan soal pemasaran sekaligus menjadikan ciptaan ini lebih lengkap dari sudut luar dan dalam kereta.

“Kita lakukan pengubahsuaian Perodua Myvi secara menyeluruh seperti pengubahsuaian pintu kereta ini daripada empat kepada dua pintu,” katanya lagi.

PERAK TODAY 7
Muhamad Khusairi Mohamad Yazid

Jelas Khusairi lagi, memandangkan ini merupakan projek tahun akhirnya, beliau perlu bijak membahagikan masa secara seimbang.

Khusairi berharap agar pasukannya boleh mengekalkan kejuaraan buat tahun ini lagi kerana pasukan PUO telah memberikan yang terbaik dan menghasilkan model FACE secara lengkap dengan elemen yang diinginkan pihak penganjur.

Pasukan FACE 2013 kali ini terdiri daripada gabungan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal Automotif dan Perdagangan yang bergabung tenaga dan idea untuk merebut juara Perodua Eco Challenge 2013 yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam, 15 Disember ini.

FACE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");