Sukan Hari Ini

Selangor bebaskan Nazri demi semangat kesukanan

selangor bola

POLEMIK bekas pertahanan Johor Darul Ta’zim, Nazri Ahmad yang dikatakan telah menandatangani kontrak bersama Selangor dan pada masa sama bersetuju menyertai Kelantan musim 2014 bakal berakhir apabila kes tersebut akan diselesaikan secara aman.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima surat dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berhasrat menyelesaikan situasi ini secara aman tanpa dibawa kepada Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Surat menyatakan hasrat dari Kafa telah kita terima petang kelmarin dan akan dipertimbangkan. Perkara ini juga telah dipanjangkan kepada Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad dan hanya menunggu pandangan serta nasihat daripadanya.

“Buat masa ini saya tak boleh nak kata apa-apa, cuma kalau boleh kita pun ingin selesaikan kes ini secara aman demi kebaikan bersama pemain tersebut dan juga pasukan.

“Cuba lupakan perkara ini kerana fokus kita sekarang ialah persediaan barisan pemain Merah Kuning serta pendaftaran sebagaimana ditetapkan FAM,” ujarnya.

Jelas Rosman, segala dokumen berkaitan berhubung isu ini telah diserahkan kepada FAM dan hanya menunggu afidavit yang perlu dihantar sebelum 12 Disember (esok).

“Memandangkan hari ini cuti dan tempoh agak terhad memandangkan esok Jawatankuasa Status FAM bersidang mungkin ia tidak sempat untuk diperhalusi FAM,” katanya.

Perebutan bekas pertahanan kental JDT, Nazri antara Kelantan dan Selangor menarik perhatian peminat bola sepak tempatan apabila pemain kelahiran Selangor ini dikatakan telah mengikat kontrak bersama Selangor musim 2014.

Bagaimanapun, Nazri membuat kejutan apabila hadir pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan untuk musim depan di sini dan turut diperkenalkan oleh Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang pemain baru skuad The Red Warriors (TRW) baru-baru ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");