Jenayah

Sembilan cedera bas jatuh cerun

terbabas

KEMAMAN – “Saya rasa seperti mati hidup semula,” kata Noh Daud, 54, yang cedera apabila bas dipandunya membawa 28 penumpang jatuh dan terbalik ke dalam cerun sedalam tiga meter dalam kejadian jam 3 pagi, semalam.

Kejadian di Kilometer 140.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal itu menyebabkan lapan penumpang turut cedera ringan.

Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Johor Bahru, Johor.

Noh berkata, bas yang dipandunya hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta yang cuba memotong sebuah lori dari arah bertentangan.

“Jarak kereta itu dengan bas saya sangat dekat jadi saya cuba elak dan akhirnya bas saya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam cerun di tepi jalan sebelum terbalik.

“Saya keluar ikut pintu pemandu sementara penumpang keluar menerusi (pintu) kecemasan,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Kemaman di Chukai.

Nahas berkenaan mengakibatkan Noh luka di dahi dan paha, sementara lapan penumpang yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");