Sukan Hari Ini

Stadium Hoki Nasional sunyi?

hokiSTADIUM Hoki Nasional Bukit Jalil bakal sunyi selepas ini apabila tidak banyak pasukan menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan MHC-MILO-NSC menggunakan venue berkenaan yang di jadual bermula 10 Januari depan.

Satu-satunya pasukan menggunakan Stadium Nasional adalah Olak-PKT. Sebanyak 30 pasukan mengesahkan penyertaan yang dibahagikan kepada dua divisyen dengan divisyen tiga dipecahkan kepada 3 kumpulan.

Pasukan dari Selangor, Permatang Juniors akan bermain di sekolah mereka yang mempunyai padang tiruan manakala Majlis Perbandaran Petaling Jaya menyenaraikan padang Kementerian Pendidikan sebagai venue rumah mereka.

Difahamkan, kebanyakan pasukan mengadu tentang kos tinggi untuk menyewa kemudahan di Bukit Jalil manakala Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak memberikan bantuan secukupnya kepada pasukan bertanding bagi meringankan beban.

Peminat di Kuala Lumpur boleh mengikuti perkembangan hoki Stadium Hoki Kuala Lumpur dan Stadium MOE, Lembah Pantai untuk pertemuan melibatkan UniKL Young Guns, PJCC, KL Sports School Juniors.

Peminat hoki di Kelantan berpeluang menonton pasukan 1MAS Kelantan dan SMK Kijang Mas di Pasir Mas, Perlis di SMK Kuala Perlis (Matri dan SMK Syed Hassan).

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");