Membawang Hari Ini

Suami Krisdayanti Mahu Anak Jadi Pemain Bola Sepak

suami-krisdayanti-ingin-anak-jadi-pemai-2ac9ea

SAMBUTAN majlis ulang tahun pertama anak Krisdayanti, iaitu Kellen Alexander Raul Lemos berlangsung dengan penuh meriah pada Khamis lalu bertemakan sukan bola sepak.

Menurut laporan Kapanlagi suami penyanyi Indonesia itu, Raul, mengimpikan agar anaknya itu akan menjadi seorang pemain bola sepak yang hebat.

“Raul mahu Kellen menyertai sebuah kelab bola sepak bermula usia kanak-kanak lagi. Memang itu impiannya sejak dahulu,” kata Kris.

Beritahu Kris, Raul menyifatkan profesion sebagai pemain bola sepak menonjolkan lagi sisi kelelakian seseorang dan kerana itu dia juga mahu Kellen terlibat dengan sukan tersebut.

Bagaimanapun, beritahu Kris, mereka tidak memaksa sekiranya Kellen tidak berminat melibatkan diri dalam suka bola sepak.

Sementara itu, selain Kellen, Kris turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Anang iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah,15 dan Azriel Akbar Hermansyah, 13.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");