Sukan Hari Ini

Sukan SEA: Christina Loh Hadiahkan Emas Pertama Acara Renang

christ

NAYPYITAW: Christina Loh menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara renang Sukan SEA ke-27 menerusi acara 100 meter kuak dada wanita pada hari kedua acara renang di Pusat Akuatik Wunna Theikdi, di sini.

Beliau mencatatkan masa 1 minit 10.55 saat untuk mengatasi dua pencabarnya dari Thailand iaitu Salubluek Chavunooch dan Pawapotako Phiangkhwan selepas masing-masing mencatatkan 1:11:35s dan 1:12:68s untuk meraih pingat perak dan gangsa.

Seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan, Nadia Adrianna Redza Goh menduduki tangga keenam daripada lapan peserta dengan catatan 1:15:33s.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut hadir menyaksikan acara renang menyampaikan pingat kepada para pemenang.Christina yang ditemui pemberita selepas acara berkenaan tidak menyangka akan memperoleh emas pada aksi sulungnya, Jumaat.

“Saya amat gembira kerana dapat menghadiahkan emas untuk negara dan saya berharap dapat meraih emas kedua peribadi dalam acara 200m kuak dada (Ahad)ini,” katanya.

Dalam pada itu, skuad renang negara terus mempamerkan aksi hambar selepas gagal meraih kedudukan podium termasuk dua sandaran pingat iaitu Daniel Bego dan Khoo Cai Lin.

Bego yang beraksi dalam acara 100 meter gaya bebas lelaki sekadar menduduki tangga keempat manakala rakan senegara, Lim Ching Hwang berada pada kedudukan terakhir daripada lapan perenang selepas masing-masing mencatatkan masa 51:21s dan 52:04s.

Cai Lin mempamerkan aksi paling mengecewakan dengan sekadar menduduki tangga kelima acara 400 meter gaya bebas wanita dengan catatan 4:25:02s selain Nadia Adrianna yang meraih kedudukan ketujuh selepas merakam masa 4:40:91s.

Dua perenang itu yang kemudian turun beraksi dalam acara 4×100 meter berganti-ganti wanita bersama Yap Siew Hui dan Erica Kong Chia Chia sekadar menduduki tangga keempat daripada lima pasukan dengan catatan masa 4:06:35s.

Tujuh pingat emas bakal menjadi rebutan kontinjen bertanding pada hari ketiga acara renang esok iaitu 400m gaya bebas lelaki, 100m kuak lentang lelaki dan wanita, 100m kuak kupu-kupu lelaki dan wanita, 800m gaya bebas wanita serta 4x100m berganti-ganti lelaki.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");