Berita Hari Ini

Syarikat Jepun Tunjuk Minat Ambil Bahagian Dalam Projek Kereta Api Laju Singapura-KL: Najib

NAJIB PBB

TOKYO: Beberapa syarikat Jepun termasuk Sumitomo Corporation dan Mitsui & Co Ltd telah menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam projek kereta api berkelajuan tinggi Singapura-KL yang dicadangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah memberitahu syarikat-syarikat ini bahawa mereka boleh mengambil bahagian dalam tawaran bidaan yang akan dibuka sebagai proses bidaan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas menerima kunjungan pegawai tertinggi dari beberapa syarikat Jepun iaitu Nikkei Inc, Sumitomo Corporation, Sekisui Chemical, Mitsui & Co Ltd, Kawasaki Heavy Industry Ltd dan Toshiba Corp di Hotel New Otani di sini, Khamis.

Najib tiba di sini pagi Khamis dalam rangka lawatan kerja empat hari sempena sidang kemuncak ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun.

Menjawab soalan pemberita, Najib berkata projek ini dijangka menarik minat syarikat-syarikat China, Eropah dan Jepun.Namun, beliau berkata projek ini masih lagi dalam peringkat kajian.

“Bila selesai baru buat proses bidaan…(juga) perlu persetujuan kerajaan Singapura,” kata beliau.

Cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi itu menelan belanja US$12 bilion (RM40 bilion), diumumkan oleh Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, Februari lepas.

Apabila projek itu siap pada 2020, ia mampu memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");