Isu Panas

Tiong Lai Semakin Hampiri Kerusi Presiden MCA

Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR: Keputusan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak mempertahankan jawatannya mungkin memberi kelebihan kepada timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi parti itu.

Setakat ini, selain daripada Liow, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden, Gan Peng Shieu juga mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding bagi kerusi Presiden parti di pemilihan parti 21 Disember depan.

Para perwakilan parti pula sudah mula bersuara “sama ada ikut kereta nombor pendaftaran 15 (nombor kereta rasmi Liow ketika menjadi menteri kesihatan) atauguna GPS (merujuk kepada akronim Gan Peng Shieu) untuk menentukan keputusanpemilihan”.

Keputusan Dr Chua untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden bererti penyokong-penyokong tegarnya yang juga mewakili sebahagian besar ahli perwakilan kini berpecah dalam memilih pemimpin baru.

BERPIHAK KEPADA LIOW

“Besar kemungkinan penyokong Dr Chua akan membuat pilihan mereka sendiri, Kalau pun Dr Chua mahu mereka memilih calon tertentu. Bukan semua akan menurut kemahuannya kerana beliau tak bertanding,” kata bekas Ketua Pemuda MCA Sabah dan penyokong kuat Liow, Chew Kok Woh.

Chew menjelaskan lagi memandangkan Tee Keat turut bertanding jawatan yang sama, penyokong Dr Chua juga mungkin terpaksa memilih antara Tee Keat atau Gan kerana kedua-duanya berkongsi kumpulan penyokong yang sama.

Gan pernah menjadi penyokong tegar Tee Keat dan merupakan antara orang kanannya semasa Tee Keat menyandang jawatan presiden parti.

“Undi mereka akan berpecah antara kedua-keduanya sekiranya Tee Keat masih meneruskan dengan hasratnya bertanding jawatan presiden.

“Gan tidak boleh bergantung kepada penyokong-penyokong Dr Chua memandangkan bukan semua yang akan menyokongnya. Ini yang akan memberi kelebihan kepada Liow,” tambah Chew.

Berdasarkan hasil pemilihan parti 2010 dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang baru berakhir untuk mencela Liow, Dr Chua berjaya mengekalkan sokongan padu daripada kira-kira 900 orang perwakilan sementara Liow pula mempunyai sokongan padu daripada lebih kurang 800 perwakilan.

Bakinya sama ada penyokong Tee Keat, seorang lagi mantan presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting serta adiknya Datuk Seri Ong Ka Chuan atau Naib Presiden, Datuk Donald Lim.

Memandangkan ahli perwakilan yang sama akan mengundi di pemilihan parti pada 21 Disember, 900 undi Dr Chua dilihat sebagai penting dalam menentukan pemenang di pemilihan parti tahun ini.

Bagaimanapun, persoalannya kini sama ada Dr Chua boleh mempengaruhi penyokongnya tentang siapa yang mereka perlu sokong.

Daripada segi jumlah, MCA mempunyai 2,385 perwakilan di pemilihan parti itu nanti.

PERHITUNGAN

Menurut satu sumber dalaman parti, berdasarkan andaian jumlah perwakilanyang hadir di pemilihan parti sekitar 90 peratus, yakni 2,280 ahli perwakilanmengundi, Liow hanya memerlukan minimum 1,141 undi untuk menyandang jawatanpresiden parti yang baru.

Ini bermakna beliau hanya memerlukan lebih kurang 300 undi sahaja lagi.

“Ini bukan sesuatu yang sukar untuk dicapai. Memandangkan Dr Chua tidakbertanding, sebahagian besar perwakilan terutamanya mereka yang tidak memihakkepada mana-mana kumpulan juga sebahagian daripada penyokong Dr Chua akanmencari ketua baru untuk diberi sokongan.

“Oleh yang demikian, bukan mustahil untuk mereka memilih Liow kerana sekarang beliau mempunyai kelebihan untuk memenangi pemilihan itu. Itulah politik,” jelas bekas Naib Presiden MCA, Datuk Yap Pian Hon.

Sebaliknya, menurut Yap adalah sukar bagi Liow sekiranya Dr Chua bertanding,meskipun jika terdapat tiga atau empat calon untuk jawatan yang sama keranapenyokong Dr Chua akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi mereka.

“Sekarang keadaannya berbeza. Dengan ketiadaan Dr Chua, jelas Liow mempunyaikelebihan memandangkan sebahagian besar sokongan akan berpihak kepadanya,”tambah beliau.

SUDAH TERTULIS

Pengerusi MCA Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ma Kok Ben berpendapat sebahagian penyokong Dr Chua di Pulau Pinang telah mula menunjukkan sokongan mereka untuk Liow selepas Dr Chua mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya.

“Kebanyakan ahli perwakilan bersikap praktikal tentang siapa yang merekasokong. Mereka tidak akan memilih calon yang mereka percaya akan kalah.

“Saya boleh katakan hampir separuh anggota perwakilan di Pulau Pinangsekarang ini berkemungkinan menyokong Liow,” katanya.

Bagaimanapun, ada yang berhujah keadaan mungkin tidak berpihak kepada Liowsekiranya ada calon lain dengan sokongan akar umbi yang kuat menyertaipertandingan itu dan memecahkan undi.

Terdapat cakap-cakap bahawa ada penyokong Dr Chua yang tidak puas hatidengan keputusannya tidak mempertahankan jawatan dan sedang berusaha meletakcalon untuk bertanding jawatan presiden parti.

Bagaimanapun, satu sumber dalaman menyatakan sekiranya itu berlaku, ia akanhanya memperkukuhkan kedudukan Liow dan melemahkan calon-calon lain kerana iaakan memecahkan sokongan di kalangan mereka yang menentang Liow.

“Bagi saya, Liow mempunyai peluang baik untuk muncul sebagai presiden parti.Beliau sudah mempunyai sokongan padu dan peluangnya tidak akan terjejas meskipunada calon kuat yang lain untuk jawatan itu,” kata Ma.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");