Berita Hari Ini

Tokoh Penulisan Dan Politik Borhan Mohd Yaman Meninggal Dunia

borhan

MELAKA: Tokoh yang disegani ramai dalam bidang penulisan dan politik Datuk Borhan Mohd Yaman, 84, atau nama penanya Burmy, meninggal dunia kerana sakit tua pada 7.30 pagi Ahad di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Klebang di sini pada pukul 2.15 petang.

Allahyarham Borhan meninggalkan enam anak, 28 cucu dan 11 cicit manakala isteri Allahyarham, Maimunah Md Shah, 70, meninggal dunia pada tahun 2003.

Anak sulung Allahyarham, Datuk Zainal Abidin, 60, berkata Allahyarham bapanya sakit akibat kemerosotan beberapa organ dalaman iaitu paru-paru, jantung dan buah pinggang selama hampir setahun.

“Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga Allahyarham yang dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang dan Allahyarham memerlukan rawatan antaranya dialisis di sana.

“Sebulan yang lalu kesihatannya semakin merosot setelah ada pendarahanapabila Allahyarham buang air dan semalam pembedahan dilakukan di HUKM, namunAllah lebih menyayangi Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepaspengebumian jenazah Allahyarham di sini.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham Borhan ialah bekas Ketua Menteri MelakaDatuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk OthmanMuhamad; dan Exco Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi DatukLatiff Tamby Chik.

Zainal Abidin, yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan dan seorangpenulis serta penganalisis politik, berkata Allahyarham bapanya sentiasaprihatin terhadap perjuangan dan nasib orang Melayu pada masa akan datang.

“Beliau amat berharap Umno sentiasa jadi benteng pertahanan orang Melayudulu, sekarang dan selamanya itulah yang selalu dia katakan pada saya bila kamiberbicara,” katanya dengan nada sebak.

Anak ketiga Allahyarham, Muhammad Yamin, 53, berkata Allahyarham sentiasaberpesan agar sentiasa menjaga penulisan bahasa Melayu dan budaya Melayu supayagenerasi akan datang sentiasa tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu itusendiri.

“Allahyarham mempunyai kira-kira 3,000 naskhah buku berkaitan budaya danpenulisan Melayu yang diamanahkan kepada keluarga untuk dipelihara buat tatapananak, cucu, cicit juga penulis muda pada masa akan datang,” katanya.

Mohd Ali berkata beliau mengenali Allahyarham lebih sepuluh tahun lepas danAllahyarham Borhan bersama Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba memainkan perananpenting menyusun Umno Melaka supaya lebih berkesan dalam memperjuangkan nasiborang Melayu di negeri ini.

“Allahyarham pernah menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno Melakatahun lepas dan Tokoh Budaya Melaka pada tahun 1997. Jasa beliau amat banyakuntuk orang Melayu, perginya beliau merupakan kehilangan besar kepada negara,”katanya.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");