Mikel Arteta (tengah) enggan peduli cakap pengkritik kaitkan Arsenal bakal kempunan lagi musim ini:-
TEMPOH lapan tahun yang mengerikan buat Arsenal selepas gagal meraih sebarang gelaran, namun kini pasukan yang mendapat jolokan The Gunners berpeluang menamatkan badi penantian mereka.
Anak buah Arsene Wenger dilihat semakin cemerlang sepanjang kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila terus memimpin carta liga dengan mengumpul 34 mata hasil 14 perlawanan.
Bagi pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta, beliau berkeyakinan besar pasukannya mampu menamatkan badi penantian itu untuk menghadiahkan kejuaraan sulung buat penyokong setia Arsenal.
“Ramai yang berkata pasukan kami tidak mempunyai pengalaman dan tidak akan berjaya memenangi kejuaraan pada musim ini.
“Saya ingin tegaskan di sini, kami semakin menunjukkan kualiti, persefahaman yang baik dan kerjasama dalam pasukan sungguh kuat. Kami berjanji kepada penyokong setia Arsenal, Piala EPL akan berada di Stadium Emirates penghujung musim ini,” katanya.
– SINAR HARIAN