Sukan Hari Ini

AC Milan Pecat Pengurus Massimiliano Allegri

acdlm

PENGURUS AC Milan, Massimiliano Allegri telah dipecat berkuatkuasa serta merta pada Isnin.

Allegri memenangi kejuaraan liga pada musim pertama dia memimpin kelab itu pada tahun 2011.

Malangnya kelab gergasi Itali itu semakin hari semakin merosot dan kini berada di tangga ke-11 liga – 30 mata berada di belakang pendahulu liga, Juventus.

Kini Filippo Inzaghi, bekas penyerang Itali yang bermain sebanyak 300 kali mewakili Milan dan kini merupakan jurulatih skuad Bawah 19 Tahun Milan disebut-sebut sebagai penganti Allegri.

Selain Inzaghi, Clarence Seedorf yang juga rakan sepermainan Inzaghi selama lebih 12 tahun di Milan juga turut dikaitkan dengan jawatan itu.

Bekas bintang Belanda itu kini bermain di Brazil bersama kelab Botafogo selepas meninggalkan San Siro pada 2012.

Allegri, 46, sebelum ini telah mengumumkan yang dia akan bersara menjelang penghujung musim tetapi kekalahan 3-4 di tangan kelab kerdil Sassuolo minggu lalu telah mendorong pihak pengurusan memendekkan persaraannya.

AC Milan dalam satu kenyataan ringkas menyebut yang mereka ingin merakamkan rasa terima kasih kepada Allegri dan keseluruhan pengurusannya di atas sumbangan yang diberikan dalam tempoh tiga setengah tahun ini.

Kenyataan itu juga menyebut yang penolong pengurus, Mauro Tassotti akan menjawat jawatan pemangku pengurus secara interim sehingga pihak kelab berjaya mencari penganti baru.

Allegri mempunyai rekod yang secara relatifnya cemerlang ketika bersama Milan dengan menjadi juara pada musim pertamanya dan selepas itu tempat kedua serta ketiga tetapi musim ini prestasi mereka merudum dengan teruknya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");