Membawang Hari Ini

‘Aiman Hakim Seorang Lelaki Setia’ – Nur Fathia

nur fathia

PETALING JAYA: Pelakon Fathia mengakui aktor Aiman Hakim yang dikaitkan sebagai kekasihnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan sebagai seorang suami.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, yang masih tidak mengesahkan status perhubungan mereka itu berkata, Aiman seorang yang cukup sempurna selain menyifatkan aktor itu juga setia.

“Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat.

“Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Fathia, buat masa ini, dia mahu orang ramai melihat mereka sebagai teman rapat tanpa menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Kata pelakon drama Ariana Rose itu lagi, dia hanya akan membuat kenyataan mengenai status perhubungan dengan seseorang apabila tiba masanya ataupun ketika mahu mendirikan rumah tangga kelak.

“Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas.

“Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, lakonan Fathia dalam drama Ariana Rose telah menemui penonton di TV3 bermula 30 Disember lalu iaitu setiap Isnin hingga Khamis bermula pukul 7 malam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");