Isu Panas

Ajaran Khomeini di Malaysia

BahayaSyiah

REVOLUSI Iran 1978-79 mencetuskan momentum besar kepada kebangkitan kuasa Islam di dunia. Serentak itu, terbangkitlah juga pengaruh Syiah yang dikembangkan Sayyid Rohullah Musavi Khomeini Al-Hindi (1903-1989) di Timur Tengah dan ke seluruh dunia.

Ada pemimpin yang kagum dengan Ayatollah Khomeini, turut terpengaruh dengan semangat revolusi dan pemikiran beliau tetapi masih tidak mengaku Syiah. Ini adalah perbuatan taqiyyah (berpura-pura atau berdusta), yang dibenar dan diamal pengikut fahaman ini.

Khomeini adalah antara tokoh Syiah terbesar dalam abad ke-20. Pemikiran dan fahamannya bercanggah dengan Islam. Semasa remaja, beliau cukup terpengaruh dengan semangat dan syair Mirza Kucik Khan Jangali, dan berguru dengan Mirza Javad Maliki Tabrizi dan Mirza Muhammad Ali Shahabadi.

Menurut ajaran Khomeini, imam-imam Syiah memiliki maqam dan kedudukan lebih tinggi dan mulia daripada Rasulullah SAW, para nabi dan malaikat.

Katanya, imam Syiah ada kuasa Khalifah Takwiniyyah (kuasa yang dilantik ALLAH) sehingga ‘segala atom di dunia tunduk dan patuh” (hal 52) justeru pandangan mereka adalah setara, jika tidak lebih tinggi daripada al-Quran dan hadis.

Dalam kitab Al-Hukumah Al-Islamiyah (Beirut, 1979), beliau berkata para imam Syiah adalah maksum, tidak pernah lupa atau lalai, dan kata-kata mereka mesti dipatuhi.

“Semua perintah yang keluar daripada para imam semasa hayat mereka harus dijalankan dan harus dikuti sekalipun sesudah mereka mati” (hal 90).

Ini menjadikan pengikut Syiah golongan amat taksub kerana mereka dipaksa mengikut, tidak boleh bercanggah atau bantah. Pandangan lain, selain imam Syiah, tidak diterima. Kaedah dan pendekatan ini sama dengan cara pengikut sebuah parti di Malaysia.

Khomeini mendakwa al-Quran yang ada pada hari ini mengandungi sekadar 1/3 daripada isi sebenar kerana diubah oleh Saidina Uthman demi kepentingan diri dan kuasa.

Kitab Quran yang asli, menurutnya, ialah Mushab Fatimah. Mereka percaya Siti Fatimah juga menerima wahyu yang dibawa Malaikat Jibril selepas Rasulullah SAW wafat.

Khomeini dan para imam Syiah menghina Rasulullah SAW kerana mendakwa Baginda takut mengumumkan dan melaksana perintah ALLAH untuk melantik Saidina Ali sebagai Khalifah, justeru diabaikan para sahabat kerana melantik Saidina Abu Bakar.

Khomeini menghina Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman sebagai jahat, gila kuasa, jahil, bodoh dan banyak menyalahi hukum Islam.

Beliau menuduh Saidina Uthman mengharamkan kahwin mutaah, padahal amalan ini telah diharamkan terlebih dahulu oleh Rasulullah SAW.

Setiap tahun, pengikut Syiah mengadakan Idul Ghufran pada 9 Rabi’ul Awal bagi meraikan pembunuhan Saidina Uthman dan melawat kubur pembunuhnya, Abu Lu’lu’ah yang mereka puja dan sanjung sebagai wira. Fakta yang tidak dapat ditolak oleh puak Syiah ialah Saidina Ali sendiri mengharamkan kahwin mutaah dan mengahwinkan puterinya, Ummu Kulthum, dengan Saidina Umar yang mereka kutuk itu.

Khomeini juga tidak mengiktiraf kerajaan Islam Muawiyyah, Umayyah dan Abasiyyah kerana dikatakan berlaku zalim kepada kerajaan Saidina Ali.

Malah, semua hakim dan kadi yang dilantik bukan daripada kalangan Syiah ditolak. Kesemua tuduhan yang melampau dan tidak masuk akal ini sudah dijawab ramai tokoh ulama Ahli Sunnah (Baca Al-Sawaiq Muhriqah fi al-Radd Ala Al-Bida’wa al-Zandaqiyah oleh Ibnu Hajar al-Haitami).

Banyak lagi pandangan menyeleweng beliau seperti tidak syirik meminta hajat untuk sembuh penyakit ganjil dan bodoh daripada kubur dan batu nisan, semua dosa terhapus dengan melawat kubur imam Syiah malah mendapat pahala ibarat buat haji 70 kali, serta mengutamakan orang kafir, Kristian dan Yahudi daripada orang Islam Ahli Sunnah (Baca wawancara Khomeini dalam Majalah Al-Baith al-Islam, Jilid 34, safar 1401H, India).

Akhirnya, Khomeini meninggal dunia dalam keadaan mengaibkan. Pada hari kematiannya, dikatakan 10 juta orang keluar merintih. Keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal, sehingga pengikut fanatik menyerbu keranda. Kain kafan yang menutupi tubuh Khomeini telah ditarik-tarik dan koyak sehingga terdedah auratnya. Mayatnya terpaksa dibawa dengan helikopter ke tempat pengebumian.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");