Berita Hari Ini

Bakar, Pijak Bendera : ‘Tindakan Hipokrit’

Budiman Mohd Zohdi.
Budiman Mohd Zohdi.

SUNGAI BESAR: Tindakan penyokong PKR memijak dan membakar bendera negara Jepun dalam satu demonstrasi di Kedutaan Jepun kononnya bagi memboikot barangan negara itu disifatkan sebagai satu tindakan hipokrit.

Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, adalah mustahil untuk mereka memboikot barangan Jepun yang menguasai pasaran di negara ini, sedangkan mereka juga menggunakan barangan tersebut dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, pasaran kereta Jepun misalnya, mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna di negara ini, malah mungkin ada dalam kalangan mereka turut menggunakan kenderaan terbabit.

“Mereka ada hak untuk bersuara, tetapi adakah mereka sedar berapa banyak barangan Jepun di sekeliling mereka, mungkin kereta yang mereka pakai pun berasal (buatan) dari negara terbabit,” katanya.

Budiman berkata, pihak terbabit tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak mematuhi prosedur dan peraturan imigresen iaitu mengemukakan visa perjalanan berikutan statusnya sebagai bekas banduan.

“Tindakan ini boleh mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan kerajaan Jepun dan saya berharap agar pihak-pihak ini tidak berjuang atas kepentingan seorang individu, sebaliknya memikirkan permasalahan yang lebih besar,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa ahli PKR bertindak membakar bendera Jepun kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan kerajaan Jepun menghalang Anwar daripada memasuki negara itu.

Namun, tindakan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan menganggap tindakan tersebut keterlaluan.

 

-Sinar Harian-
http://www.sinarharian.com.my/bakar-pijak-bendera-tindakan-hipokrit-1.244290

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");