Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

Bantuan YBUDR Beri Sinar Harapan Baru Buat Keluarga Roslan

keluarga roslanIbarat menanti masa menyembah bumi.

Demikian gambaran terhadap rumah usang yang didiami keluarga besar Roslan Samsudin, bersama 13 lagi ahli keluarganya di Kampung Pengkalan Gate, dekat Lahat.

Hasil perkongsian hidup Roslan dan Aziah Mohd Hashim, 43, pasangan itu dikurniakan seramai lapan orang cahayamata.

Menurut Aziah, rumah usang yang didiami sejak 11 bulan lalu merupakan milik ibu mentuanya selepas berpindah dari Manjoi.

“Gaji suami saya tidak menentu iaitu antara RM20 ke RM30 sehari sahaja dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas kemalangan jalan raya,” katanya.

Sementara itu, tujuh daripada anak-anaknya tidak bersekolah kerana suami tidak berkemampuan untuk menanggung kos persekolahan mereka.

“Anak-anak yang lain tak bersekolah dan hanya yang sulung sahaja habis belajar. Kami tak mampu hantar mereka ke sekolah,” katanya.

Tambahnya lagi, Nur Fatin Atikah, 16, dan Fatin Ellya Maisarah, 14, juga tidak bersekolah sejak berumur 12 tahun kerana kesempitan wang.

Jelasnya lagi, bekalan air diambil dari kandang kambing milik abang iparnya yang terletak bersebelahan dengan rumah.

“Disebabkan rumah tidak berdinding, air hujan masuk dalam rumah dan kami juga bimbang dengan keselamatan nyawa anak-anak kerana binatang berbisa seperti ular yang sering masuk dalam rumah,” tambahnya lagi.

PERAKTODAY

Namun, hasil keprihatinan Pemuda UMNO Gopeng dan Yayasan Bina Upaya (YBUDR), nasib keluarga Roslan bakal berubah tidak tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anuar Mohamed Noor, bantuan akan disalurkan secepat mungkin bagi membantu keluarga ini.

“Rumah yang dilengkapi 3 bilik bakal dibina dan dijangka siap dalam tempoh masa sebulan lagi,” tegasnya.

Jelasnya lagi, Aziah juga bakal diberi peluang berniaga secara kecil-kecilan untuk menjana pendapatan keluarga.

“Rumah yang bakal dibina tersebut bakal dilengkapi 3 bilik dan 2 bilik air dan urusan persekolahan kesemua anak-anak pasangan ini akan dibereskan secepat mungkin,” tambahnya lagi.

PERAKTODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");