Sukan Hari Ini

Bayern Umum Robert Lewandowski Sertai Mereka 1 Julai

Robert Lewandowski1PENYERANG sensasi Poland, Robert Lewandowski akan menjadi pemain bintang kedua dari kelab Borussia Dortmund untuk menyertai Bayern Munich dalam tempoh setahun.

Lewandowski, 25, telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada anggota kelab juara Eropah dan Jerman itu selaku ejen bebas menjelang akhir musim ini iaitu pada bulan Julai.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bayern, penjaring terbanyak liga Jerman itu telah menandatangani kontrak lima tahun bersama mereka mulai 1 Julai akan datang.

Berita ini adalah satu tamparan buat jurulatih Dortmund, Jürgen Klopp, apabila kelab itu gagal menyakinkan Lewandowskie untuk terus kekal bersama mereka.

“Kami berasa lega kerana perpindahan ini akhirnya menjadi kenyataan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

“Robert Lewandowski adalah seorang penyerang terbaik dunia dan dia mahu menjadi sebahagian daripada skuad Bayern,” tambah Rummenigge lagi.

Hanya April lalu, Mario Götze, salah seorang pemain muda yang diasah oleh akademi Dortmund meninggalkan kelab itu untuk menyertai Bayern dalam perpindahan bernilai £30 juta.

Bayern pada masa yang sama cuba membeli Lewandowski tetapi disekat oleh Dortmund, namun pada masa yang sama mereka gagal menyakinkan penyerang Poland itu untuk menandatangani kontrak baru.

Akibatnya, menjelang penghujung Jun, mereka bukan sahaja akan kehilangan Lewandowski malah tidak akan memperolehi sebarang yuran perpindahan kerana pemain itu akan menjadi ejen bebas dan bukan lagi hak milik Dortmund.

Kehilangan Dortmund adalah satu ganjaran buat Bayern yang akan memperolehi salah seorang penyerang berbisa Eropah secara percuma.

Perpindahan Lewandowski akan menjadikan Bayern sebagai sebuah kelab yang paling dominan di Eropah dan juga Jerman.

Musim lalu mereka menjadi juara liga dengan jurang 25 mata melebihi Dortmund iaitu pesaing terdekat mereka.

Dortmund dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 80,000 kerusi adalah salah sebuah kelab dengan pengikut setia paling ramai di Eropah.

Sebelum mereka kehilangan Götze dan Lewandowski, kelab itu telah pun menjual perancang tengah mereka Shinji Kagawa kepada Manchester United.

Götze, Lewandowski dan Kagawa adalah instrumental dalam membantu kelab itu menjuarai liga Jerman pada 2011 dan 2012.

Lewandowski, seorang penyerang yang gemar dengan corak larian pantas telah menjaringkan 11 gol musim ini.

Pada musim 2011/12 dia adalah penjaring ketiga terbanyak liga dengan 22 gol dan musim lalu sebagai penjaring kedua terbanyak liga dengan 24 gol.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");