Sukan Hari Ini

Bekas Bintang MU Pengurus Cardiff City Baharu

Ole_cardiff

LONDON: Bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus baharu Cardiff City, demikian diumumkan pada Khamis.

“Kelab bola sepak Cardiff City gembira untuk mengumumkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah menyertai kelab ini sebagai pengurus pasukan pertama,” demikian menurut kenyataan di laman web pasukan itu.

“Berikutan perbincangan dengan Tan Sri Vincent Tan (pemilik kelab) dan Pengerusi Kelab Mehmet Dalman, Ole menyertai Cardiff City dari Molde FK bermula hari ini (Khamis) dan telah berjumpa dengan skuad barunya di padang latihan Vale sebelum diumumkan kepada media di Stadium Cardiff City.”

Sebelum ini Vincent telah memecat pengurusnya, Malky Mackay selepas pasukan itu tewas 0-3 kepada Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Saya rasa bertuah untuk kembali dalam Liga Perdana,” kata bekas pemain antarabangsa Norway itu yang gambarnya sedang memegang baju Cardiff City dimutakan dalam laman web itu.

“Saya terpaksa berbincang mengenai hal ini dengan keluarga, tapi jelas sekali ini adalah satu peluang besar.”

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");