Jenayah

Beli Peluru Guna Internet

Urus niaga pembelian dijalankan melalui Internet

Kuala Lumpur: Urus niaga pembelian dijalankan melalui Internet dan telefon sebelum bungkusan peluru serta dadah yang dipesan diletakkan di kawasan awam atau disorok dalam pokok di tepi jalan bagi memudahkan pembeli mengambil barang tanpa disyaki.

Begitulah taktik terkini satu sindiket pengedaran peluru dan dadah di kawasan Lembah Klang bagi mengelak urus niaga mereka dikesan pihak berkuasa.

Taktik itu terbongkar apabila polis menemui dua beg hitam berisi lebih 1,100 butir peluru dan dadah bernilai RM60,000 yang diletakkan di celah pokok di kawasan Taman Desa Aman, Cheras, jam 11 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pemeriksaan mendapati beg hitam itu mengandungi 100 peluru jenis .38mm, 99 peluru jenis .45mm, 48 peluru jenis 7.65mm dan 38 peluru jenis 9mm serta 325 gram syabu bernilai RM60,000.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat, namun siasatan dijalankan untuk mengenal pasti pemilik beg terbabit.

“Beg berkenaan dipercayai milik satu sindiket pengedaran dadah dan peluru yang menjalankan urus niaga melalui Internet dan telefon sebelum mereka meletakkan bekalan barang di tempat awam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini semalam.

 

 

 

-HARIAN METRO-

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BelipelurugunaInternet/Article/index_html

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");