Berita Hari Ini

Bonus Tabung Haji 8%

tabung haji

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji mengumumkan bonus bagi tahun kewangan 2013 kepada pendeposit dengan kadar sebanyak 6.0 peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 2.0 peratus.

Kadar bonus tahun Tabung Haji sebanyak enam peratus adalah kompetitif iaitu tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharon berkata, TH telah mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dan pemberian bonus haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit.

“Kadar bonus tahunan TH adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan TH adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah manakala tabungan di TH adalah sukarela dan tiada had,” katanya di sidang media mengumumkan prestasi kewangan TH hari ini.

Pendapatan keseluruhan TH bagi tahun 2013 berjumlah RM3.7 billion iaitu peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding RM2.8 billion pada tahun 2012.

Keuntungan bersih selepas zakat berjumlah RM2.6 billion pada tahun 2013 berbanding RM2.1 billion pada tahun 2012.

TH mempunyai 8.3 juta pendeposit dan 7.7 juta daripada mereka belum menunaikan haji.

Majoriti akaun pendeposit (7.2 juta) itu mempunyai baki purata minima kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980.

 

 

 

– HARIAN METRO –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");