Perak Hari Ini

Budaya Pembangkang Putar-belit Cerita

nga kor ming

Susulan kenyataan di laman sesawang Twitter Nga Kor Ming yang beranggapan wujudnya campur tangan UMNO berkenaan isu kerajaan Jepun yang bertindak menghalang kemasukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau sama sekali tidak terkejut dengan tuduhan Kor Ming itu.

“Sebaliknya saya akan terkejut jika Kor Ming mengeluarkan kenyataan yang baik-baik mengenainya,” jelasnya.

Jelasnya lagi, kerajaan Jepun sendiri telah memberikan kenyataan mengenainya dan tidak perlu lagi diperbesar-besarkan dan melibatkan campur tangan daripada mana-mana pihak lagi,” katanya.

Tambah Zambry, tindakan tersebut merupakan satu budaya pihak pembangkang yang sedaya upaya cuba memberi gambaran negatif kepada rakyat.

“Mereka sedaya upaya akan memutar-belitkan cerita tersebut daripada cerita sebenarnya,” katanya.

Jelasnya lagi, tohmahan seperti itu turut dialaminya dahulu apabila khabar angin disebarkan yang menyatakan dirinya ditahan di lapangan terbang San Francisco kerana dikhuatiri seorang pengganas.

“Khabar angin tersebut menuduh saya sebagai pengganas serta perlu dihantar pulang,” tambahnya.

Katanya lagi, perkhabaran tersebut adalah tidak benar sama sekali hingga membawa kepada prosedur mahkamah apabila dirinya bertindak membantah kenyataan yang dikeluarkan pihak pembangkang.

Tegas beliau, segalanya telah jelas dan semua pihak tidak perlu membuat spekulasi negatif berhubung tindakan kerajaan Jepun terhadap Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");