Membawang Hari Ini

Carie takut dibenci

carie

Penyanyi, Carrie Underwood rupa-rupanya berbelah bagi untuk menerima tawaran membintangi drama muzikal lagi. Ini kerana dia enggan pisang berbuah dua kali dan tidak mahu dikecam peminat.

Semuanya berpunca daripada penampilannya dalam The Sound of Music yang disifatkan ramai pengkritik dan peminat sebagai persembahan paling buruk. Komen negatif yang diterima mengakibatkan Carrie hampir patah semangat.

Terima pelbagai tawaran

“Carrie tidak yakin mahu menerima tawaran berlakon dalam persembahan muzikal lagi. Dia serik selepas menerima kecaman mereka yang tidak suka dengan penampilannya,” kata sumber.

Walaupun dikritik, penyanyi itu terus menerima pelbagai tawaran daripada produser Hollywood. Malah, drama muzikal The Sound of Music yang dikritik itu, meraih rating 18.6 juta penonton.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");